Isnin, 12 Disember 2011

PLANET NEPTUN (NEPTUNE)


Planet Neptune ini berwarna biru gelap dan planet ini 4% lebih kecil dari planet Uranus. Atmosfera planet ini kaya dengan gas hidrogen, gas helium dan berawan. Atmosferanya juga mengandungi 3% gas metana yang menyebabkan Neptun berwarna biru. Ini kerana gas metana menyerap semua cahaya merah.


Planet ini lebih sejuk dari planet Uranus. Suhunya telah menghalang pembentukkan molekul yang mewarnakan awan-awan. Putaran Neptun pantas kerana ia bersaiz kecil dan terdapat juga gelang-gelang yang melingkarinya.


PLANET URANUS (URANUS)


Planet Uranus adalah sebuah planet dari jenis Jovian dan ia tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Jaraknya dari matahari adalah 4 kali ganda lebih jauh dari jarak Musytari ke matahari dan kesejukkan planet ini adalah 100 darjah lebih sejuk dari planet Musytari.


Planet ini berputar secara golekkan dan ia berputar dengan kutub utara dan kutub selatan di ufuk. Khatulistiwanya condong sebanyak 98 darjah. Disebabkan putarannya yang adalah secara golekkan. Setiap 4 musim mengambil masa 2o tahun iaitu satu musim bersamaan dengan 5 tahun.

PLANET ZUHAL (SATURN)


Zuhal merupakan planet yang paling cantik sekali. Jika dilihat dari Bumi ia kelihatan kabur sebab terdapat jalur padanya. Terdapat peredaran jalur yang terdiri daripada 2 jenis jalur iaitu zon terang (suhu yang paling tinggi) dan zon gelap (suhu lebih rendah). 

Zuhal mempunyai beribu juta gelang dari yang bersaiz debu sehingga ke saiz rumah. Gelangnya terbahagi kepada banyak lapisan dan dibahagikan dengan pembahagi dikenali "cussini" dan dibuat dari lapisan "ringlets". 


Sesetengahnya sempit dan sesetengahnya lebar. Jika dilihat dari Bumi, kita hanya dapat melihat 3 gelang utama dan terdapat 20 bulan di dalam gelangnya yang diperbuat dari ais dan batu.

PLANET MUSYTARI (JUPITER)


Planet Musytari merupakan planet terbesar dan mempunyai paling banyak jisim. Suhu pada permukaannya adalah sangat tinggi iaitu 4 kali ganda lebih dari suhu permukaan matahari. Tidak terdapat lautan disebabkan tapak atmosferanya terlampau panas dan tekanannya tinggi. 
Musytari mempunyai gelang tetapi tidak dapat dilihat dari Bumi. Gelang yang terdapat pada Musytari 100 kali ganda legap dari gelang yang terdapat di Zuhal. Ia agak rapuh dan ia terdiri dari bahan silicate dan bukan dari ais seperti di Zuhal. 
Terdapat 16 buah bulan di Musytari dan semuanya adalah kecil.


PLANET MARIKH (MARS)


Marikh adalah planet bersaiz sederhana mempunyai diameter 2 kali ganda besar dari bulan. Saiznya yang kecil menyebabkan ia dapat menyejuk dengan cepat. Waktu di Marikh hampir sama dengan Bumi iaitu 1 harinya bersamaan dengan 24 jam 40 minit di bumi manakala 1 tahunnya pula hampir 2 tahun di Bumi (1.88 tahun).


Planet Marikh mengalami 4 musim. Di bahagian kutubnya terdapat topi salji (white cap). Semasa musim sejuk white cap akan mengembang dan pada musim panas ia akan mengecut.


PLANET BUMI (EARTH)



Bumi adalah planet ke 3 dalam sistem suria. Bumi mempunyai lapisan udara yang dikenali sebagai atmosfera dan medan magnet dikenali sebagai magnetsofer yang melindungi permukaan bumi dari sinar ungu dan radiasi dari luar angkasa. Bumi adalah planet yang didiami oleh manusia dan satu-satunya planet yang mempunyai kehidupan. 
70.8 % permukaan bumi diliputi air dan selebihnya diliputi daratan yang terdiri daripada kawasan tanah tinggi dan kawasan tanah rendah. Bumi hanya mempunyai sebuah bulan.


PLANET ZUHRAH (VENUS)



Planet Zuhrah merupakan planet kedua dalam sistem suria dan dikatakan kembar kepada planet Bumi kerana hampir 95% saiz Zuhrah hampir dengan Bumi. Namun begitu terdapat juga banyak perbezaan antara keduanya. Planet Zuhrah berputar sebanyak 243 hari mengelilingi matahari dengan arah ke belakang. Planet ini mempunyai udara yang nyaman walaupun atmosferanya berawan, kering, panas dan permukaanya yang bergunung berapi.